RESEPI TERKINI CIK BEE

Petua-petua Di Dapur II




Buang Tulang Ikan Terubuk/Parang
  • Untuk mengelakkan tulang sebelum ikan dipotong, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.

Bawang Kopek Tahan Lama

  • Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.

Memudahkan Telur Dikopek

  • Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.

Membasuh Buah-buahan

  • Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

Pisau Tidak Berkarat

  • Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.

Kacang Cepat Kembang/Empuk

  • Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

Mencuci Kerak Periuk

  • Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

Menyegarkan Bau Teko Yang Telah Disimpan Lama

  • Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya. Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.

Pisau Tidak Berkarat

  • Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.

Elakkan Getah Nangka

  • Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.

Cara Bersihkan Pengisar

  • Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

Papan Pemotong Lebih Bersih

  • Papan pemotong yang kerap kali digunakan akan nampak kotor. Atasinya dengan menggosokkan kulit limau nipis secara merata. Kemudian basuh seperti biasa.

Elak Belakang Kuali Hitam

  • Tip menggunakan kuali yang baru dibeli. Lumurkan minyak masak pada belakang kuali untuk elakkan hitam yang susah dicuci. Belakang kuali yang dilumur minyak lebih senang untuk ditanggalkan kotoran apabila dicuci. Bagi kuali lama, boleh minyak juga dilumurkan minyak sebelum memasak. Ini menyenangkan kerja-kerja mencuci setelah digunakan.

Atasi Sinki Tersumbat

  • Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.

Hilangkan Minyak Lemak Haiwan

  • Tentu kita merasa sukar untuk menghilangkan lemak minyak haiwan seperti lemak sup tulang dan kari kambing. Caranya mudah sahaja, sebelum mencuci, tuang atau rendam alatan dan pinggan mangkuk tersebut dengan air panas. Seterusnya bolehlah dicuci seperti biasa dengan menggunakan pencuci pinggan mangkuk.

Haruman Pandan Pada Pinggan Mangkuk

  • Kadangkala pinggan mangkuk yang telah dicuci masih berbau walaupun telah dicuci dengan menggunakan sabun pencuci. Untuk mengelakkan pinggan mangkuk dicuci berbau, letakkan 5 hingga 6 helai daun pandan di tempat anda tos pinggan mangkuk yang baru dicuci. Hasilnya pinggan mangkuk tidak berbau hapak, malah lebih harum dengan haruman pandan.

Ubi Kayu Hilangkan Hanyir

  • Selepas menyiang ikan, sudah pasti tangan akan berbau hanyir dan kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut, ambil isi ubi kayu yang telah diparut dan ramaskan pada tangan. Serta-merta bau hanyir akan hilang.

Bersihkan Tanda Hangus Pada Periuk

  • Masukkan sedikit serbuk penaik dan sedikit air ke dalam periuk. Biarkan untuk beberapa jam dan kemudian bersihkan periuk seperti biasa.

Membersihkan Minyak Gorengan

  • Ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

Memotong buah-buahan

  • Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.

Cara Mudah Bersihkan Periuk Hitam

  • Setelah selesai menggosok periuk hitam,kita boleh menggunakan sabun mandi untuk mengilatkan periuk tersebut.cuci periuk dengan menggunakan sabun mandi dan dicuci kembali dengan menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk dan dibilas.lihat perbezaannya.

Mengelakkan Tauhu Melekat Dikuali

  • Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

Menghalau Semut

  • Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

Menghilangkan Bau Peti Sejuk

  • Letakkan arang di dalam peti sejuk untuk menggelakkan peti sejuk dari berbau.

Mencuci Kerak Periuk

  • Menggunakan kulit ubi kentang. Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit, setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

Semoga bermanfaat


0 Komentar untuk "Petua-petua Di Dapur II"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info