RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Kek Tiramisu



Antara kek kegemaran Cik Ruby dan anak-anak ialah kek Tiramisu. Kek ini tergolong dalam kumpulan kek basah kerana tidak perlu dibakar di dalam oven.Bahan-bahan untuk membuat kek ini juga agak mudah. kali ini saya kongsikan resepi kek Tiramisu yang enak ini. Cubalah.

Kek Tiramisu 


Bahan-bahan :
  • 1 biji sponge kek / biskut 250ml whipping cream 
  • 200ml cream cheese 
  • 1/2 cawan gula halus 
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) 
  • 1 sudu makan serbuk nescafe 
  • serbuk koko (hiasan)

Cara-cara :

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas.

2. Satukan gula, cheese dan cream.

3. Pukul adunan sehingga kembang dan gebu.

4. Potong kek pada 2 bahagian.

5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek.

6. Sapukan adunan cream dan cheese di atas kek.

7. Susun lagi bahagian yang selebihnya. Kemudian sapukan nescafe dan baki cream cheese.

8. Hiaskan dengan serbuk koko.

9. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.



Rupa kak Tiramisu yang sudah dipotong


0 Komentar untuk "Resepi Kek Tiramisu"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info