RESEPI TERKINI CIK BEE

Cara-cara Membuat Laksam


Entri ini Cik Ruby sedut bulat-bulat dari entry rakan Mat Din Gunung. Maklumlah untuk membuat entry berbentuk 'tutorial' agak payah. Perlu pada banyak foto/image. Laksam adalah makanan tradisional yang terkenal di pantai timur, terutama Terengganu dan Kelantan.


Lama benar rasanya tak masuk entri masakan. Nah! ari ni aku akan ajarkan masakan yang paling simple tapi lazat dimakan. Kalau tak tahu cara nak masak memang susah nak buat, tapi kalau dah tahu caranya memang mudah menyediakannya. Macam sediakan mee meggi aje. Ok.. hari ni aku nak ajar cara-cara buat LAKSAM.


BAHAN-BAHANNYA

  • 5 ulas bawang merah besar
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 5 ekor ikan sardin direbus dan dikopek isinya
  • sedikit belacan
  • sebiji kelapa diambil santannya
  • sedikit lada hitam ditumbuk halus
  • 3 keping Asam keping

Cara-cara membuatnya


Bawang, serai, halia, belacan, ikan sardin rebus dan lada hitam diblender bersama santan. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan sekali asam keping. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih di atas api yang sederhana. Kemudian masukkan satu sudu gula, garam secukup rasa dan sedikit ajinamoto.


Apabila sudah masak, siaplah kuahnya itu. Buatlah pulak laksamnya. Kalau malas buat.. beli aje kat kedai yang dah siap. Pasar borong Selangor ada jual. Kat kedai di Pantai Dalam pun ada jual. Kedai Makcik Kelantan. Laksa pun ada juga. Guna kuah yang sama aje.



Basuh ikan sardin bersih-bersih(Ikan Selayang)

Rebus dulu. Semasa rebus masukkan sedikit lengkuas dan sedikit garam serta 3 keping asam keping



Semua bahan tadi masukkan ke dalam blender termasuk isi ikan sardin

Masuk sekali dengan santan

Kemudian blender sampai hancur

Masukkan ke dalam periuk dan jangan lupa masukkan asam keping sekali.

Kena sentiasa kacau dengan api yang sederhana sehingga masak. Jangan lupa masukkan garam, gula dan sedikit ajinamoto.




CARA NAK BUAT LAKSAM

Air dan Sekampit tepung beras untuk makan 6 orang

Adunkan tepung beras dan air

Kacau hingga sebati

Rebus air untuk dikukus

Atas tudung periuk kena sapu sedikit minyak masak. Sapu kasi rata



Ratakan

Kemudian kukus selama lebih kurang 6-8 minit

Dah masak keluarkanlah

Kemudian gulung dengan cermat. Ambik hujung dulu


Susun dengan cantik


Kemudian potong

Sediakan ulam-ulamnya seperti taugeh, timun batang, kacang panjang yang dipotong halus, bunga kantan

Kalau ada sambal lada lagi bagus

Laksam ready untuk disantap

Laksam memang mudah disediakan. Lagi mudah beli je kat kedai yang dah ready made di import dari Kelantan. Kita buat kuah je la. Kalau makan dengan laksa kelantan pun sedap


Sumber : Mat Din Gunung


0 Komentar untuk "Cara-cara Membuat Laksam"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info