RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Four Cheese Pizza (Doh Jamie Oliver)

.

Doh Pizza

Bahan-bahan:
  • 500 g tepung roti/high protein
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 7g yis kering segera
  • 1/2 sudu besar gula caster
  • 2 sudu besar extra virgin olive oil - akak guna minyak jagung je
  • 325 ml air suam - akak guna 315 ml aje

Cara membuat:

  1. Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
  2. Larutkan garam dan gula dalam air.
  3. Tuangkan air dan minyak ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata.
  4. Uli adunan diatas tempat permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat.
  5. Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yang dilenser dgn sket minyak dan ditutup dgn cling film.
  6. Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
  7. Uli aduan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 3.
  8. Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yg dikehendaki.
  9. Letakkan kedlm dulang pembakar yg dah disapu dgn sikit mentega
  10. Biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula.
  11. Cucukkkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti.
  12. Bakar didlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan.
  13. Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju.
  14. Bakar semula sehingga keju cair dan keperangan ditepi2 nya.

Sos Pizza

Bahan-bahan:

  • 1 tin sos spagheti cendawan Prego
  • 1 labu bawang Holland -potong dadu
  • 1 mangkuk daging cincang
  • sikit cili flakes
  • sikit Oregano
  • minyak utk menumis

Cara membuat:

  1. Tumiskan bawang sehingga layu, masukkan daging cincang.
  2. Kemudian masukkan sos Prego.
  3. Kacau sebati sehingga masak.
  4. Masukkan garam, cili flakes dan oregano.
  5. Siap utk digunakan.

*********

Doh yg tengah diperap


Base yg dah dibakar selama 5-10 min


Base yang dah ditabur topping atasnya


Pizza dah siap masak, sedia utk dimakan nyum nyum.






0 Komentar untuk "Resepi Four Cheese Pizza (Doh Jamie Oliver)"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info