RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Biskut Telur Rebus



Assalamualaikum.
Walaupun pelik sikit nama biskut nostalgia zaman anak-anak ni,tapi biskut ni sangat sedapp...teksturnya yang rapuh dan mencair dimulut memang sangat mengasyikkan bila dimakan.

Bahan-bahan :
  • 5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )
  • 2 cawan gula halus - Mas kurangkan jadi 1 1/2 cawan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung maizena
  • 1 cawan tepung kastad
  • 2 cawan planta @ butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut - Noorsha gune telur putih saja )
  • badam hiris secukupnya untuk hiasan
Cara-caranya :
  1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.
  2. Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.
  4. Sapu telur dan hias dengan badam hiris. 
  5. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.


Sumber : Noorsha



0 Komentar untuk "Resepi Biskut Telur Rebus"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info