RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Biskut Sarang Semut



Assalamualaikum.
Biskut ni antara biskut raya selalu ada tiap tahun sejak zaman anak-anak Cik Bee lagi. Walaupun sekarang ni dah ada bermacam biskut yang canggih, realitinya time raya biskut ni masih dapat sambutan. Jom tengok resepinya..

Bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum 
  • 100 gm tepung kastard 
  • 100 gm tepung jagung
  • 1 biji kuning telur 
  • 1 sudu kecil esen vanila
Bahan Hiasan :
  • sedikit coklat rice
  • sedikit manik gula kecil ( warna warni )
  • secukupnya paper cup kecil
Cara :
  1. Pukul kembang butter dan gula.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup.
  5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit ).

Dah siap,sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




0 Komentar untuk "Resepi Biskut Sarang Semut"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info