RESEPI TERKINI CIK BEE

Rempeyek Kacang Tanah



Assalammualaikum.Hari ni Cik Ruby nak kongsikan kuih raya traditional yang mempunyai ramai peminat daripada pelbagai kaum di Malaysia iaitu Rempeyek Kacang Tanah.


Bahan – bahan
  • 250 gram tepung beras
  • 200 gram kacang tanah
  • 50gram tepung kanji kentang@tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung sagu@tepung ubi ( ni ka lau takde tak letak pun takpe)
  • 2 sudu besdar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 50gram udang kering
  • sedikit garam
  • 300ml santan cair
  • 2 sudu besar air kapur
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

Jika ingin pedas boleh masukkan 2 sudu besar cili kisar atau cili boh.

Kalau boleh kacang tanah tu beli yang saiznya kecil dan jemur dulu beberapa jam.


Cara-caranya
  1. Campurkan tepung beras, tepung kanji kentang dan tepung ubi dengan santan. cair adunanye seperti membuat roti jala.
  2. Tumbuk udang kering hingga lumat, kemudian blender halus ketumbar dan jintanmanis.
  3. Masukan bahan yang di kisar serta air kapur, telur didalam adunan tepung dan kacau sebati, sesuaikan rasa masukkan garam.
  4. Ambil beberapa senduk adunan dan masukkan dalam bekas, campurkan kacang tanah, sedia untuk di layangkan di tepi kuali, ambil satu senduk adunan yang telah dicampur dengan kacang tanah tadi, dan layangkan nipis di tepi kuali, terbalikkan bahagian rempeyek yang ade kacang tanah di dalam kuali,supaya kacanga tanah masak dan tidak lemau, biarkan seketika dan balik balikan kedua bahagian supaya warna sekata.
  5. Angkat dan toskan minyak yang berlebihan, setelah sejuk, baru di masukan dalam tin ataupun bekas bertutup, selamat mencuba.

Jika adunan nampak pekat boleh tambahkan air,supaya adunan nipis dan rangup. 




Nota: Fungsi air kapur tu ialah bagi merangupkan lagi rempeyek dan masa menggoreng rempeyek ini, gunakan api sederhana supaya rempeyek tidak merah atau terlalu garing.





1 Komentar untuk "Rempeyek Kacang Tanah"

Guna serbukktumbar blh ke kak...

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info