RESEPI TERKINI CIK BEE

Bingka Pisang Gula Merah


Assalamualaikum..

Kali ini Cik Ruby akan kongsikan resepi Bingka Pisang Gula Merah. Resepi yang ni gula merah digunakan, lagi sedap rasanya.


BINGKA PISANG GULA MERAH

Bahan-bahan:
  • 10 biji pisang awak*
  • 1 cawan santan* 
  • 1 biji telur*
  • 1/2 cawan gula merah*
  • 1/2 sudu kecil garam* | kisar bersama bahan bertanda (*)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Bijan untuk ditabur


Cara Membuat:

  1. Satukan pisang, santan, gula merah, telur dan garam dalam blender.Kisar.
  2. Tuang bahan yang dikisar dalam satu bekas, gaulkannya dengan tepung gandum, tepung beras dan minyak masak.Kacau sebati.
  3. Sedikan loyang berukuran 7'' atau 8'', griskan dengan sedikit minyak masak.Masukkan adunan ke dalamnya, taburkan bijan dan bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 darjah celcius.
  4. Potong dan hidangkan.
0 Komentar untuk "Bingka Pisang Gula Merah"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info