RESEPI TERKINI CIK BEE

Info - Khasiat Rempah Ratus Dalam Masakan



Pernahkah anda terfikir,mengapa nenek moyang kita terdahulu,hidup lebih sihat,jarang dihinggapi penyakit,kuat daya tahan tubuh badannya,cergas dan tegap ototnya serta lebih panjang jangka hayatnya berbanding dengan kita yang hidup pada zaman serba maju serta lebih canggih kemudahan perubatannya?

Ya,memang benar gaya hidup dan corak pemakanan lah yang membezakan kualiti hidup antara generasi hari ini dengan mereka yang terdahulu.

Salah satu amalan yang menjadi rutin nenek moyang kita dahulu ialah mengamalkan pengambilan rempah ratus dalam sajian harian mereka.

Nah,jika anda ingin hidup lebih ceria,punya tubuh yang lebih sihat dan menawan,apakata…cetak catatan ini,tampalkan pada kabinet dapur,peti sejuk atau di mana sahaja tempat di dapur yang boleh mengingatkan anda agar sentiasa mempertimbangkan penggunaan rempah ratus ini dalam sajian harian anda,dan lihat kuasa ajaibnya sebagai penyembuh!


KAYU MANIS
Khasiat : Ujian klinikal menunjukkan bahawa kayu manis adalah rempah yang aktif,menambah glukos dan mencegah lebihan kandungan gula dalam darah. Penyediaan : Jadikan serbuk kayu manis sebagai bahan campuran dalam hidangan pagi seperti kopi,teh,sup atau bijirin.Amalkan satu sudu sehari.

Kayu manis juga berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.


Bonus: Dapat menghindarkan tubuh daripada kesejukan. Kayu manis dalam sajian boleh melancarkan peredaran darah dan membantu mengatasi masalah suhu badan yang rendah.



JINTAN MANIS
Khasiat : Kajian di Jerman mendapati minyak daripada jintan mengandungi carminative ( gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut. Penyediaan : Masukkan 1 sudu serbuk jintan ke dalam omelette,coleslaw atau kek buah-buahan.Untuk mengubati masalah pencernaan (dypepsia) campurkan jintan dengan minyak pepermin dalam ramuan.
Jintan Manis (Anis @ Anisum) - Jintan manis banyak khasiatnya lain - ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Bonus: Meredakan batuk – berkesan meredakan batuk dan sakit kerongkong. Masukkan 2 sudu jintan ke dalam 2 cawan air dan biarkan selama 2 minit. Kemudian campurkan madu dan sedikit air panas sebelum diminum.



LADA HITAM
Khasiat : Lada hitam dipercayai boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Ia juga mengandungi thermogenic yang menggalakkan kadar metabolik. Penyediaan: Taburkan serbuk lada hitam dalam hidangan ,sama ada hidangan steak ataupun salad.
Bonus : Mampu menyerap lebih nutrien – Piperine iaitu komponen aktif dalam lada hitam menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam usus. Jadi,mengambil lada hitam bersama hidangan menjadikan anda lebih sihat!



JINTAN PUTIH
Kelebihan :Menurut kajian Universiti Cornell,jintan putih yang bersifat antibakteria menghapuskan 80 % bakteria atau fungus dalam makanan serta mematikan kuman. Penyediaan :Kisar jintan putih dengan sedikit kapur makan dan jadikannya sebagai bahan penyedap salad atau roti dan sebagai salah satu ramuan dalam sajian hidangan Mexico dan India.
Bonus :Mengelak strok-Kajian daripada pelajar University Of Southern Denmark mendapati jintan putih menyekat pembekuan darah sekali gus memberi peluang kepada pengamalnya dari risiko terkena strok.



CENGKIH
Kelebihan :Kajian di Universiti Kansas berkaitan rempah mendapati cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging. Penyediaan :Gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.
Bonus :Melindungi gigi dan gusi.Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.Untuk gusi yang sihat,masukkan 1 atau 2 sudu cengkih dalam1 cawan teh pekat dan minum.



SERBUK LADA MERAH:
Kelebihan : Capsaicin iaitu bahan aktif dalam lada boleh meningkatkan kadar metabolik sebanyak 25%. Penyediaan : Untuk membakar lemak,campur 1 sudu teh serbuk lada merah dalam penyediaan makanan.Sebelum menyediakan menu yang berbentuk manisan,taburkan sedikit lada merah ini bersama campuran madu dan kayu manis.
Bonus : Melegakan sakit otot – 81% kes sakit otot dapat diatasi apabila pesakit ini mula mengamalkan lada merah dalam pemakanan dalam tempoh dua bulan.



HALIA
Kelebihan : Gingerols sebagai komponen aktif dalam halia menyekat cyclooxygenase iaitu enzim yang bertindak balas kepada penyakit radang. Penyediaan : Sedia satu cawan teh panas yang dicampurkan dengan 2 sudu serbuk halia. 2 sudu halia kering juga boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam pai,roti atau kek.
Bonus : Halia membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah,kata Susan M.Lark yang mengkaji kebaikan halia kepada tubuh.



KUNYIT
Kelebihan : Cucumin yang didapati dalam kunyit berfungsi meningkatkan daya ingatan dan membantu masalah mental.Kajian ahli sains di Los Angeles mendapati diet yang kaya dengan bahan cucumin boleh mengurangkan pertumbuhan beta- amyloid yang menghalang komunikasi antara sel otak. Penyediaan : Tingkatkan daya ingatan anda dengan mencampurkan satu sudu kunyit dalam sayuran atau sebagai perisa makanan yang sesuai.Cuba dapatkan satu sudu sehari.
Bonus : Kandungan cucumin yang bersifat antioksida dan antiradang juga bertindak balas melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Dengan mencampurkan 2 sudu serbuk kunyit,1 sudu jus limau dan sedikit air boleh menyembuhkan kesan luka.

DAUN KARI
Daun kari yang digunakan dengan meluas dalam per­ubatan India pula mempunyai khasiat berbeza. Ia dijadikan tonik herba untuk membantu menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga digunakan sebagai julap bagi membantu mengatasi masalah sembelit.




SERAI
Serai - ia mewangikan malah mengharumkan masakan.selain dalam masakan, minyaknya digunakan secara meluas dalam wangian sabun, pembersih detergen dan barang-barang lain. Minyak Serai digunakan untuk mengubati kembung (flatulence), pergerakan usus yang tidak tetap dan rangsangan gastric, serta baik untuk merawat reumatisme dan salah urat.

BUNGA LAWANG
Bunga Lawang - Sesuai sebagai ubat sakit gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Gigi yang sakit akan beransur pulih. Gigi sihat tubuh badan kita pun rasa sihat juga.

BUAH PELAGA
Buah Pelaga: Digunakan untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus,merangsang dan melawaskan haid dan air kecil, tonik jantung, laksatif, stimulant,tonik perut, merawat bengkak dan sakit, cirit, jangkitan pada kerongkong, masalah di dalam rahim, mulas perut, pancutan mani pramasa, penyakit hati, perut dan usus kembung angin, sakit dada, sakit gigi, sakit kepala, sakit perut, sakit telinga dan merangsang penghadaman.Boleh juga dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.
Kandungan: Kalsium oksalat, karbohidrat, minyak esen, minyak tetap. Kandungan utamanya ialah asid linoleik, asid oleic, dan asid palmitik, protein, dan silica.


BUAH KERAS (KEMIRI)
Minyak daripada buah keras bokeh merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan wanita selepas bersalin
Minyaknya juga boleh melebatkan rambut dan mampu merawat masalah rambut gugur dan bercabang
Sebagai ramuan untuk kosmetik seperti syampoo,sabun,lulr badan dan sebagainya
Daunnya boleh menghilangkan sakit kepala dgn izin Allah
Sebagai penyedap masakan spt sup,kari,masak merah ayam,rendang,tumisan sayuran dan lain lain lagi

*******

Itulah sebabnya orang-orang pada zaman dahulu memanfaatkan kebaikan dan khasiat semulajadi rempat ratus dalam menjaga kecantikan dan kesihatan mereka. Bahan asas kecantikan daripada bahan semulajadi lebih selamat, semulajadi dan tiada kesan sampingan. Ia juga tidak perlu diragui kesliannya ataupun hukum hakamnya kerana sudah tentu ia bahan yang halal digunakan tanpa was-was.


3 Komentar untuk "Info - Khasiat Rempah Ratus Dalam Masakan"

Info yang sangat berguna terutama bagi generasi baru..

Anak-anak malah org dewasa pun ramai masih belum kenal

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info