Rabu, 7 Ogos 2013

Resepi Pengat Barli dengan Labu


Bahan-bahan
  • 1 biji gula melaka *saiz macam gambar di bawah
  • 200 gm labu *potong kecil
  • 1 cawan barli
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 800 ml santan
  • sedikit garam
  • 2 helai daun pandan

Cara :
  1. Rebuskan barli dengan 1000 ml air dan sehelai daun pandan sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan labu dan sehelai lagi daun pandan sehingga labu empuk.
  3. Masukkan gula pasir & gula melaka dan renehkan sehingga gula melaka larut.
  4. Masukkan santan dan sedikit garam.
  5. Sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!



Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan