Rabu, 7 Ogos 2013

Resepi Bubur Barli dengan Jagung


Masih mengenai barli yang berkhasiat. Rujuk Resepi Minuman Barli Berkhasiat, kali ini Cik Bee kongsikan resepi Bubur Barli dengan Jagung untuk rakan-rakan cuba. Resepi ini Cik Bee ambik dari Na Kitchen...

Bahan-bahan
  • 100 gm barli
  • 1 tin jagung manis buang airnya ( NA guna jenama Ayam Brand)
  • 1500 ml air
  • 400ml santan (NA guna santan kotak jenama M&S )
  • 1 cawan gula
  • 7 sudu makan sagu biji (basuh dan toskan )
  • 2 helai daun pandan ( disimpul)
  • Sedikit garam
Cara-cara
1. Basuh barli dan toskan. Rebus barli bersama air dan daun pandan sehingga kembang.
2. Apabila kembang masukkan jagung dan gula. Biar mendidih.
3. Masukkan pula santan , sagu dan garam.
4. Kacau sehingga ia mendidih dan angkat.


Inilah jagung yang digunakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan