Sabtu, 3 Ogos 2013

Resepi Keropok Ikan




Bahan-bahan:

  • 600 gm isi ikan tenggiri
  • 300 gm tepung sagu
  • 600 gm tepung ubi
  • 100 gm bawang putih
  • 150 gm bawang merah
  • 2 putih telur – dipukul
  • 2 sudu teh gula
  • 2 sudu teh lada putih
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu the serbuk penaik

Cara-cara:

  1. Kikiskan isi ikan dari tulang dan kulitnya dengan sudu besar, kemudian tumbuk menjadi halus.
  2. Bubuhkan bawang yang ditumbuk, putih telur, gula,lada dan garam serta gaulkan.
  3. Masukkan tepung sagu dan tepung ubi serta serbuk penaik. Ulikan adunan.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa potongan dan gulungkan menjadi gulungan panjang. 
  5. Kukuskan gulungan keropok dalam pengukus hingga masak. Kira-kira 2 jam.
  6. Biarkan ia sejuk dan simpan semalaman dalam peti sejuk supaya ia keras.
  7. Hiriskan nipis-nipis dan jemur hingga kering benar. Simpan dalam bekas kedap udara.
  8. Bila hendak menghidang, gorenglah keropok dalam minyak panas.


Nota: Keropok udang juga boleh dibuat dengan sukatan dan
cara yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan