Jumaat, 2 Ogos 2013

Resepi Kari Kepala Ikan Merah Pekat


Resepi kari ikan kali ni agak istimewa sebab menggunakan petua menjadikan Kari Ikan bertambah sedap.Iaitu dengan menambahkan secret resepi iaitu beras sangai tumbuk. Hasilnya sangat memuaskan, kuahnya pekat dan sedap.

Bahan - Bahan:
  • 2 ketul kepala ikan merah
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk )
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1 cm halia ( tumbuk )
  • 2 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • 1sb beras (sangai)kemudian tumbuk halus
  • Kacang bendi
  • Minyak
  • Air asam jawa
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar, daun kari dan halba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan beras sangai yg ditumbuk halus.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
  5. Masukkan air ikut suka banyak mana.
  6. Masukkan cili padi (petua menyedapkan kari).Boleh juga masukkan cili hijau yg dipatah-patahkan.
  7. Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  8. Kemudian masukkan ikan.Simbah2kan kuah ke atas ikan.Sesuaikan rasa
  9. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

Beras sangai yang sedang ditumbuk
Tambahan
Penyediaan Beras Sangai
  • Basuh beras bersih-bersih 
  • Rendam semalaman
  • Toskan dan keringkan (orang dulu2 jemur matahari)
  • Goreng beras atas kuali tanpa minyak hingga kuning keemasan
  • Bila beras dah sejuk, tumbuk atau blend guna blender kering tu sampai halus. 
  • Kegunaan - memekatkan masakan, dijadikan bubur, makanan bayi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan