Ahad, 4 Ogos 2013

Resepi Jus Blueberry




Jika anda boleh membuat jus oren atau epal, tentu anda juga boleh buat jus blueberry. Jus blueberry cukup berkhasiat sebagai minuman dan boleh digunapakai kepada resepi-resepi minuman lain.


RAMUAN
2 1/2 cawan blueberry segar atau sejuk beku
2 cawan air
1 sudu besar gula


ARAHAN
Masukkan blueberry, air dan gula hingga mendidih dalam periuk sederhana. Biarkan pada suhu rendah dan biarkan reneh selama 10 minit. Tekankan blueberry dengan belakang sudu untuk mengeluarkan jusnya. Kemudian tapis. Jangan lupa tekan-tekan hampas dengan belakang sudu untuk dapatkan jus yang masih tertinggal. .

Simpan di dalam peti sejuk. 2 cawan Jus Blueberry.i ini juga menghasilkan kira-kira ¾ cawan sisa pulpa di penapis itu. Simpan pulpa ini untuk dijadikan Purple Purée.


Sumber : The Daily Meal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan