Khamis, 1 Ogos 2013

Resepi Coklat Oreo & Peanut Nutella dengan Video Tutorial



Resipi kali ini ialah Oreo & Peanut with Nutella.

Coklat ini menggabungkan badam cincang dan Oreo hancur kedalam coklat dan ditengah-tengahnya saya meletakkan sapuan roti Nutella. Jadi, rasanya ada rangup-rangup kacang dan biskut dan manis coklat Nutella.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Coklat yang telah dicairkan.


2. Badam cincang.
3. Oreo yang telah dihancurkan.

3.Nutella yang telah dimasukkan dalam piping bag.




Cara membuatnya:
  • Campurkan Badam cincang dan Oreo hancur ke dalam coklat yang telah dicairkan. Kemudian, kacau bahan yang dicampur sehingga sebati.

  • Masukkan coklat tersebut sedikit kedalam acuan dan buat kelongsong. Kemudian, sejukkan acuan selama 5 minit.

  • Keluarkan acuan dari peti sejuk dan paipkan Nutella ke dalam kelongsong.

  • Hentakkan acuan dan penuhkan acuan dengan lebihan coklat.

  • Keraskan coklat dan sedia untuk dihidangkan.


Sampai disini sahaja perkongsian resipi pada kali ini. Selamat mencuba dan semoga berjaya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan