Khamis, 18 Julai 2013

Resepi Tomyam Ala Thai


Bahan-bahannya:
  • Beberapa ketul daging ayam dipotong kecil 
  • 3 sudu besar pes tomyam Thai 
  • Beberapa helai daun limau purut 
  • 2 batang serai – dititik 
  • 5 – 6 biji cili padi - diketuk 
  • 1 sudu besar sos ikan 
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • 2 biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 labu bawang besar – dipotong bulat 
  • Bunga kobis 
  • Lobak merah – dipotong bulat 
  • 1 batang daun saderi – dipotong pendek 
  • 1 biji buah tomato
  • 6 batang crab filament stick - dipotong pendek 
Nota: Banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masing-masing

Penyediaannya:
  1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih. 
  2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. 
  3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi dan crab filament stick. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api
  4. Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan