Sabtu, 20 Julai 2013

Resepi Sup Ketam






Resepi yang Cik Ruby nak kongsikan kali ini ialah Sup Ketam. Sup ketam memang sedap lebih-lebih ketam bunga segar. Sup ketam juga penawar kepada mereka yang terkena denggi.

Bahan-Bahan
  • 4 ekor ketam bunga.
  • 4 labu bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1.5 sm halia (dikisar)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 batang serai
  • Garam secukup rasa
  • Daun saderi
  • Air secukup

Cara membuatnya
  1. Bersihkan ketam dan tos
  2. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.
  3. Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam
  4. dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.
Ok lah..Selamat mencuba.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan