Rabu, 31 Julai 2013

Resepi Solok Lada



Solok lada adalah antara lauk yang terkenal terutama di Pantai Timur. Hidangan Nasi Kerabu dianggap kurang lengkap tanpa kehadiran Solok Lada. Kali ini Cik Bee akan kongsikan resepinya.

Bahan-bahan
  • 10 biji lada besar
  • 10 ekor ikan selayang – direbus, diambil isi
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam dan gula
  • 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan kelapa parut + 1/2 cawan santan pekat
  • 5 tangkai pucuk ubi (optional)

Cara-cara
  1. Lada dibelah di bahagian tengah dan dibuang biji.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai dan lada hitam.
  3. Gaul isi ikan dengan bahan yang ditumbuk, kelapa parut, santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ke dalam lada tadi.
  4. Susun pucuk ubi di dalam periuk (sebagai alas) dan susun solok lada di atasnya. Masukkan santan cair.
  5. Panaskan periuk dengan api yang sederhana besar dan masak selama 4-5 minit (tutup periuk semasa memasak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan