BAHAN BAHAN
Ikan siakap
1. Lumur Sesedap Rasa
2. Garam kunyit sikit
3. Tepung jagung ( utk garingkan ikan)
Kuah
1. Minyak utk menumis- 5 sudu.
2. Bawang putih 4 ulas( cincang)
3. Bawang besar 1 biji( potong dadu)
4. Nenas ( dadu)-spatutnya nenas masam tu,
5. Tomato ( Potong.dadu)
6. Lada Benggala(Potong dadu)
7. Cili padi 5 biji ( hiris halus)
8. Halia- ( hiris halus)
9. Sos tomato- 3 sudu
10. Sos cili- 3 sudu
11. Sos tiram- 3 sudu
12.Daun Limau Purut ( utk rasa ala Thai)
Cara Masak
- Panaskan minyak-pastikan minyak betul2 panas barulah boleh masukkan ikan. Pastikan ikan betul2 tenggelam dalam minyak tu. ( deep fried)
- Panaskan kuali, letak minyak utk menumis. Masukkan bawang putih, halia. Goreng sehingga naik bau.
- Lepas bawang naik bau/ dah jadi kekuningan, masukkan semua bahan lain. Lepas tu cubalah rasa. Tambah garam dan gula ikut sedap rasa ya. Untuk mencairkan sos boleh tambah air sikit.
- Siap , boleh make up dengan letak daun bawang.
Ikan siakap digoreng garing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan