Khamis, 18 Julai 2013

Resepi Murtabak Daging




Resepi Roti Canai
- (Kulit Murtabak)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
Cara buat
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)



Untuk Kuah Bawang Merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili maggi
  • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
  • sedikit gula dan garam


Cara buat kuah bawang merah......
  1. Hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.



BAHAN2 UTK INTI MURTABAK :
  • 300g mince meat
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+gula secukup rasa**1 bawang-potong nipis2
  • **6 biji telur-atau secukupnya
Cara buat
  1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
  5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.



Source : copy and paste dari sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan