Khamis, 25 Julai 2013

Resepi Mocca Log Cookies



Bahan
250 gm mentega
150 gm gula kaster
430 gm Top flour (diayak)
2 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
1 susu makan penuh Nescafe
secukup badam cincang (dibakar sebentar)
secukup chocolate coating (Tulip) dan chocolate nugotin dicairkan)


Cara

Pukul mentega, gula dan garam hingga kembang lalu masukkan telur dan vanilla. Pukul lagi sehingga sebati. Tepung dan Nescafe disatukan, masukkan ke dalam adunan mentega tadi dan gaul lagi hingga rata. Adunan ini agak lembik sedikit. Gunakan nozzle bintang dan picitkan keatas dulang pembakar dgn saiz panjangnya cookies ini mengikut citarasa anda. Bakar dgn suhu sederhana selama kira-kira 15 minit atau sehingga masak kekuningan. Sejukkan biskutnya. Celupkan hujung biskut ke dalam cokelat cair dan salutkan dgn badam cincang. Setelah kering, barulah disimpan dalam botol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan