Isnin, 22 Julai 2013

Resepi Donut Keledek




Resepi Asal Donut: mykitchensnippets.com
Resepi Olahan Semula: kongsiresepi.com

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung roti
  • 1/2 cawan tepung kek
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan susu suam
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 7 g (1 sudu besar) yis segera
  • 150 g keledek lenyek
  • 1/2 sudu kecil vanilla
Cara Penyediaan:
  1. Dalam gelas, satukan yis dan susu suam. Tambah 1 sudu gula. Biar yis naik selama 10 minit. 
  2. Sementara itu, satukan semua bahan kering dan keledek lenyek dalam satu bekas dan gaul rata. 
  3. Buat lubang di tengah-tengah. 
  4. Tuangkan bancuhan yis, telur, vanilla dan minyak. Perlahan-lahan gaul rata adunan dan uli sehingga lembut dan tidak melekat pada bekas. Rehatkan doh selama 45 minit. 
  5. Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bentukkan donut dan rehatkan sekejap selama 10 minit. Goreng pada api perlahan hingga kekuningan. 

Selamat Mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan