Sabtu, 20 Julai 2013

Resepi Ayam Panggang Berempah



AYAM PANGGANG BEREMPAH
PENYEDIAAN : 4 ORANG
MASA: 25 MINIT - 30 MINIT

Bahan:
  • 1 ekor Ayam - di potong 8
  • 3 sdm serbuk kari daging
  • 1 sdm serbuk jintan manis
  • 1 sdm serbuk jintan putih
  • 1 sdm serbuk ketumbar
  • 8 labu Bawang putih - dititik
  • 2 labu bawang besar - di potong 4
  • 8 sdm minyak jagung
  • 1/2 cawan air
  • 2 batang lobak merah- dadu
  • 1 batang celery - di potong dadu
  • 500g Ubi kentang - di buang kulit - di potong dadu
  • 2 biji Air perahan limau nipis
  • 2 sdm Gula
  • 1/2 sdm serbuk perasa ayam
  • 1 atau 2sdm Garam secukup rasa

Cara:
  1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis, jintan putih, ketumbar bersama air dan minyak jagung , kacau hingga sebati didalam mangkuk besar.
  2. Kemudian masukan semua bahan-bahan yang lain, perap potongan ayam selama 30 - 40 minit
  3. Panaskan ketuhar pada tahap suhu 170 c dan panggang selama 25 - 30 minit bergantung pada saiz isi ayam.

Resepi Master Chef Celebrity Sabri Hasan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan