Kek Lapis Senja Permai
Bahan-bahannya:
- 16oz(450g) mentega
- 10 biji telur ayam
- 1 tin kaya sederhana(300g)
- 1 tin susu manis(hasue guna krimer manis)
- 170g yogurt perisa asli
- 200g tepung hong kong /tepung gandum
- 180g gula halus
- 200g milo
- 1 sudu teh esen vanila
- Pewarna kuning dan oren
Cara-cara membuat:
- Panaskan pengukus,gris loyang dengan mentega dan tabur rata dengan tepung
- Pukul mentega bersama gula halus sampai berkrim dan masukkan telur satu persatu.
- Sambil terus memukul dengan kelajuan perlahan,masukkan esen vanila,susu manis,serikaya,yogurt dan tepung hong kong.
- Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagikan kepada 3 bahagian
- Bahagian pertama diwarnakan kuning, bahagian kedua diwarnakan oren dan yang ke tiga masukkan serbuk milo(boleh tambah sedikit browning sugar untuk warna lebih gelap) dan gaul rata.
- Kukuskan dahulu 1 cawan bahagian milo,setelah masak lapiskan pula dengan warna oren dan diikuti warna kuning.
- Buat berlapis2 sehingga habis. Kukuslah sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan