RESEPI TERKINI CIK BEE

COBBLER BUAH-BUAHAN


Bahan-bahan

  • ½ cawan mentega tanpa garam
  • ¼ cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • ½ cawan susu segar
  • 1½ sudu teh asen vanilla
  • 1 cawan tepung gandum serbeguna
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 cawan buah-buahan campur seperti 
  • Ceri hitam, apricot, plum, dan pisang dicincang
  • ½ biji jus lemon
  • ¼ cawan gula halus, dicampur dengan 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis untuk menabur
  • 2 sudu besar serbuk gula untuk menabur

Cara
  1. Pukul gula dan mentega sehingga gebu, tambah telur sebiji demi sebiji.
  2. Bancuh susu dan asen vanilla.
  3. Di dalam mangkuk lain, ayak bersama tepung, serbuk penaik dan garam. Kaup dan balikkan ke dalam adunan telur berselang seli dengan campuran susu dan asen vanilla.
  4. Gris bekas pembakar segiempat bujur 15-cm dan atur selapis buah-buahan di dasarnya. Renjis dengan jus lemon, dan tekan sedikit dengan belakang sudu. Tabor campuran gula dan kulit kayu manis. Tuang adunan diatas lapisan buah dan bakar pada 175’C/350’F selama 40 minit. Ayak serbuk gula ke atas kek yang sudah di sejukkan.
1 Komentar untuk "COBBLER BUAH-BUAHAN"

menarik ni.. sedap nampaknya.. boleh try weekend ni.. :))

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info