RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Maggi Ketam


Hari ini Cik Bee akan kongsikan Resepi Maggi Ketam. Resepi ni nampak mengancam setelah terlihat dalam blog rakan, Fiza's Cooking. Tak percaya peratilah pada gambar tu. Jom kita tengok resepinya.. 

Bahan-bahannya
  • 1 paket mi maggi 
  • 1 paket perencah kari - maggi tadi 
  • 1 pelepah sawi putih - siang berasingan batang dan daun
  • 1 biji telur
  • 1 ekor ketam bunga - cuci bersih
  • 1 camca besar sambal tumis
  • 1/2 camca besar sos cili
  • 1/4 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 hirisan nipis halia
  • Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
  • Hirisan daun sup - untuk hiasan
  • Hirisan cili merah - untuk hiasan (saya masukkan cili padi)
  • Limau kasturi - di belah 2 - untuk hiasan
  • Sebiji tomato ceri - dibelah 4 - untuk hiasan


Cara membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1 sudu besar), tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi, tambah sambal tumis dan sos cili, kacau rata dan tuang air, biar mendidih.
  2. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna (kurang lebih 5 minit). Angkat ketam tadi dan ketepikan.
  3. Masukkan telur dan kecilkan api, masak hingga telur agak keras. Tambah batang sawi,mi maggi dan perencahnya. kacau perlahan dan masak hingga mi lembut. 
  4. 4.Masukkan pula serbuk lada hitam dan daun sawi, kacau rata dan masak sekejap. Jika suka kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air.
  5. Tuang mi maggi ke dalam mangkuk yang sesuai, letakkan ketam tadi atasnya, tabur dengan hirisan daun sup dan cili merah. Letak limau kasturi dan hidangkan segera. Sedap dimakan panas.


1 Komentar untuk "Resepi Maggi Ketam"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info