RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Nasi Himpit Sambal Ikan



Waktu memasak: 60 Minit
Saiz hidangan : 5 orang


BAHAN-BAHAN:
720gm beras
2 liter air
1 helai daun pandan
Sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm


BAHAN SAMBAL IKAN:
10 ekor ikan selayang (rebus dan kisar)
2 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji santan kelapa
4 sudu besar cili boh
Garam dan gula secukup rasa
1-2 keping asam keping


CARA MEMASAK:

1. Basuh beras seperti biasa
2. Masukkan beras dan daun pandan ke dalam periuk berisi air.
3. Setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas.
4. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
5. Sambal ikan: Serai, bawang merah dan bawang putih di kisar halus.
6. Masukan ke dalam kuali bersama ikan yang di rebus dan di kisar, cili boh, asam keping dan santan.
7. Kacau rata di atas api sederhana. Bila agak kering masukan garam dan gula. Kacau perlahan sehingga garing.
8. Angkat dan hidangkan bersama nasi impit tadi.



0 Komentar untuk "Resepi Nasi Himpit Sambal Ikan"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info