RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Biskut Semperit/Dahlia Rose



Assalamualaikum. Selalunya biskut semperit atau dahlia berwarna ori iaitu kuning telur, tapi kali ini Cik Bee menampilkan semperit warna pink - Rose

Bahan-Bahan (Anggaran 120 pcs)
  • 300 g mentega
  • 160 g gula aising 
  • 2 kuning telur 
  • 1 camca teh esen vanilla/rose
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan


Cara Membuatnya
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran
  4. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar.
  5. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit 
  6. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba...
0 Komentar untuk "Resepi Biskut Semperit/Dahlia Rose"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info