RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Sos Lada Hitam (Black Pepper Gravy)




Sos Lada Hitam banyak digunakan untuk menu masakan ala-barat.
Berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan:
  • 5 sudu besar lada hitam yang telah dikisar (kalau suka pedas, tambahkan lagi)
  • 1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dicincang halus
  • 2 sudu besar Demi-glace brown sauce (larutkan brown sauce dalam 1 gelas air)
  • 1/2 tin susu cair ideal (brand yang dicadangkan)
  • kicap pekat / karamel (untuk menghitamkan sos, kalau nak nampak hitam letak lebih sikit)
  • tepung beras (untuk pekatkan sos) - larutkan dalam air
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil thyme
  • *garam
  • *gula
  • *MSG
  • 2 sudu besar minyak
  • 500ml air
Nota *: mengikut citarasa anda

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hinnga naik bau.
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan larutan brown sauce, kicap pekat / karamel, lada hitam yang telah dikisar, susu cair, garam, gula MSG.
  4. Biarkan mendidih dengan api yang sederhana. Masukkan larutan tepung beras sehinnga agak pekat.
  5. Masukkan daun oregano dan thyme.
  6. Setelah masak, rasa sudah cukup tutupkan api.
*penggunaan tepung beras digunakan untuk memekatkan kuah lada hitam.
*lebihkan kuantiti ml untuk susu cair jenama lain, untuk kuah rasa lemak. Boleh juga gunakan butter untuk bagi rasa lemak.



Credit to Suraya Azam.
0 Komentar untuk "Resepi Sos Lada Hitam (Black Pepper Gravy)"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info