RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Set Lengkap Nasi Minyak Hujan Panas Ala Terengganu


Nasi Minyak Hujan Panas dan Gulai Ayam Ala Terengganu 

Assalamualaikum.
Kali ini Cik Bee nak kongsikan resepi lengkap Nasi Minyak Hujan Panas ala Terengganu. Lengkap bagi orang Terengganu ialah kerana ia ada nasi, gulai dan acar. Resepi ini Cik Bee dapat dari Syurie. Jom kita lihat...


NASI MINYAK HUJAN PANAS



BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan beras
  • ½ kiub ayam
  • ½ cwn susu sejat
  • 1 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau 
  • air secukupnya ~ Ikut sukatan jenis beras masing-masing 

Bahan Tumis
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi 
  • 1 sudu besar marjerine
  • ½ inci halia ~ Hiris
  • 1 biji bawang besar ~ Mayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 

PENYEDIAANNYA


  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak,marjerine dan minyak sapi dan tumiskan semua bahan tumis sehingga terbit bau.
  3. Masukkan beras dan gaul rata.
  4. Masukkan susu sejat dan air secukupnya, kiub ayam, secubit garam dan daun pandan.
  5. Masaklah nasi sehingga masak
  6. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan.Tutup periuk
  7. Bila nasi betul-betul tanak, gembur-gemburkan nasi dan sedia dihidang

GULAI AYAM TERENGGANU STYLE
Sumber : KakNor @ SecubitGaram




BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam ~ dipotong
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 5 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 in halia *
  • 1/4 in lengkuas *
  • 1 in kunyit hidup * (*diblend)
  • 3 sudu besar rempah gulai ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
  • 2 sb kerisik ~Ni Sue tambah.Campur sekali dalam paste rempah gulai
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • 2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
  • 1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
  • garam
  • gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
  • sedikit belacan ~ optional
  • minyak
  • bahan penumis :
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 5 kelopak bunga lawang

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
  4. Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
  5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
  6. Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
  7. Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
  8. Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
  9. Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
  10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
  11. *Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.


ACAR NENAS



BAHAN-BAHAN
  • 1/2 biji nenas
  • *2 senduk kecil gula putih
  • *1 cawan air masak
  • *1 sk garam
  • *sedikit belacan (dibakar seketika)
  • *1 sb cili giling/boh
  • *1 sb asam jawa (boleh kurangkan jika tidak suka masam) 

PENYEDIAANNYA
  1. Nenas dikupas dan dibersihka.Buang empulur dan potong kecil-kecil.Ketepikan
  2. Satukan kesemua bahan * di dalam periuk.Masak seketika sehingga semua sebati.Matikan api dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan nenas ke dalam bekas dan tuang kuah yang dimasak tadi...Gaul rata dan biarkan seketika.Sedia dihidang...



Selamat mencuba...
0 Komentar untuk "Resepi Set Lengkap Nasi Minyak Hujan Panas Ala Terengganu"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info