RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Puding Gula Hangus Chef



PUDING GULA HANGUS
PENYEDIAAN:2 ORANG
MASA : 20 MINIT
SUHU KETUHAR: 170c

Bahan:
  • 2 cawan susu cair uht
  • 3 biji telur
  • 4 sdm Gula pasir
  • 1/2 sdk Perasa vanila _ Esen vanilla

Utk gula hangus
  • 5 sdm Gula pasir
  • 1/2 cawan air

Cara:
  1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula kedalam Kuali nipis ( Frying pan),kemudian masukkan sedikit air, kacau hingga gula bertukar warna kuning kemasan , angkat dan tuang di dalam 4 cawan yang tahan panas.
  2. Sementara itu panaskan ketuhar pada tahap suhu 170 c.
  3. Pecahkan telur kedalam mangkuk,masukan gula dan pukul hingga gula kembang kemudian masukkan susu, esan vanilla dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang kedalam cawan yang berisi gula hangus.
  5. Letak kedalam dulang pembakar ( baking Tray) kemudian tuang sedikit air suam kedalam tulang tersebut.
  6. Masukan kedalam ketuhar dan bakar selama 20-30 minit.
  7. Setelah siap bolehlah di hias dengan buah-buahan cocktail.

Resepi Master Chef Celebrity Sabri Hasan



0 Komentar untuk "Resepi Puding Gula Hangus Chef "

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info