RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Paprik Ayam



Bahan-bahan
  • 4 ketul daging ayam - ambil bahagian isi dan potong kecil2.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4-5 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 batang serai - dititik
  • 6 sudu besar lada kering kisar
  • 7-8 batang cili padi - belah dua
  • 1 paket putih jagung - potong serong
  • 5 batang kacang panjang - potong 1 inci panjang
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis
  • 1 batang lobak merah - potong lidi mancis
  • 1 biji tomato buah - potong lapan
  • 5 helai daun limau purut - koyak kasar2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomoto
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • Sedikit air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis


Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis serai dan bahan bertanda *. Goreng hingga wangi, masukkan cili padi.
  3. Masukkan lada kering kisar dan masak hingga terbit minyak dan bau wangi terbit. Masukkan daun limau purut dan bawang besar mayang.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, gaul rata dan perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
  5. Masukkan isi ayam dan biar empuk seketika. Tambahkan sedikit air untuk dapatkan kuah.
  6. Bila ayam dah empuk, masukkan sayuran, gaul seketika, dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

  • Lauk nasi paprik ni mesti ada rasa pedas, masam dan manis yang tidak keterlaluan.
  • Lebihan kuah pada kuali digaulkan dengan nasi putih. Kalau kurang kuah, ambil sedikit kuah pada lauk paprik dan gaul pada nasi rata2. Angkat dan hidangkan.
Sumber : Inachomel
0 Komentar untuk "Resepi Paprik Ayam"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info