RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Nasi Ayam Hainan



Bahan-bahan: (Untuk rebusan)
  • 1 ekor ayam (saya guna yang dah siap potong)
  • Garam
  • 4" halia muda | potong 1/4" setiap satu
  • 2 tankai daun bawang | potong 1" setiap satu
  • 1 sudu kecil sesame oil


Bahan Untuk Nasi:
  • 2 sudu besar chicken fat @ 2 Sudu besar Vegetable Oil
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 1" halia muda | cincang
  • 2 cawan beras | basuh dan rendam 10 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam (saya lebihkan sikit/ ikut jenis beras)
  • 1/2 sudu kecil sesame oil
  • 1 sudu kecil garam


Bahan Untuk Sos Cili:
  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar cili sos
  • 4 cili merah & sedikit cili padi (cili padi x letak)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • Sedikit garam


Bahan Untuk Sos Ayam:
  • 1 sudu besar minyak garlic (guna minyak zaitun+1 biji bawang putih tumbuk)
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 5 sudu besar light soy sauce
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air rebusan ayam


Untuk Hiasan:
  • 1/4 cawan dark soy sauce
  • Sedikit daun ketumbar (tak letak)
  • 1 biji timun


Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam , luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran.
  2. Bilas.Lumurkan garam dalam dan luar.Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam.Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam.Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak.Sebaik menggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit.Cucuk dengan chop stick di bahagian peha untuk melihat sama ada ayam sudah masak.
  3. Setelah ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak.Ini akan menjadikan kulitnya rangup dan isinya lembut.Buang halia dan daun bawang.Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
  4. Untuk memasak nasi:Tos beras yang direndam.Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi.Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit.Masukkan minyak sesame dan garam.Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik.Jika suka boleh juga letak daun pandan.
  5. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame.Potong ayam untuk dihidangkan.atau boleh juga dipotong dahulu sebelum melumur.Sebelum dihidang tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong.
  6. Untuk membuat cili sos:Kisar smua bahan sehingga halus.
  7. Untuk membuat sup:Panaskan sup dan masukkan garam, bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan.


Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup.Letakkan daun ketumbar (tak letak) atas ayam dan sedikit atas nasi.


0 Komentar untuk "Resepi Nasi Ayam Hainan"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info