RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Lamb Chop Black Pepper Sauces




RESEPI LAMB CHOP BLACKPEPPER SAUCE

Bahan - Bahan:
  • 4 keping daging kambing
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano 
  • Sedikit olive oil

Cara-cara
  1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

Daging kambing yg telah dibersihkan.Tips tengok SINI .Diperisakan ngan kiub ayam/daging.Guna setengah kiub saja untuk 4-5pcs kepingan daging kambing..

Pastu diikuti ngan herba omputih ni seperti, rosemery, oregano, tyme..lada hitam dan juga lada putih.Kalau tadak herba omputih memadai ngan lada hitam kasar ajer.Pastu lumur lak ngan kicap mee dan juga sos tiram..Kalau tadak kicap mee guna jer kicap manis.Ok jugak

Last sekali baru lumurkan ngan bahan tumbuk..bawang n halia..Kena ikut step ni tau...barulah lamb tu meresap dan sedap..Kemudian perapkan selama sejam.Lagi lama lagi sedap.Kalau byk masa sy akan perap semalaman..

kemudian bolehlah di grill.Pastikan grill pan dah benar2 panas (Sampai berasap2 yeaa) barulah diletak kepingan daging kambing.

Grill hingga masak, ikut tekak korang la nk medium rare ke medium or well done yea..

=======================================


MASHED POTATO

Bahan-Bahan:
  • 3 biji kentang besar (~1kg)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu segar 
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)

Cara-cara :
  1. Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
  2. Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
  3. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
  4. Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
  5. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 
kentang dikupas kulit dan didadu kecil.Masukkan 1/2sk garam.Rebus hingga empuk

Setelah empuk, toskan airnya..nampak tak masih berasap2 tuh

Time kentang ngah panas2 tuh masukkan mentega dan susu cair sedikit demi sedikit sambil lenyek hingga halus...kalau suka bleh tambah lada hitam semasa melenyek

Kentang yang sudah siap dilanyak olehku..bukan lenyek dah ni..tahap layak terus haha.Kalau wat kentang lenyek ni time marah memang sempoi abes la..kompom halus jer tekturnya hihi

========================================


SOS BLACK PEPPER

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
2 sb mentega

Cara-Cara:
  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Note:
Lina pg tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap.Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato...rasanya agak spoil.Taste masing2 la kan.

Credit to : Lina pg




0 Komentar untuk "Resepi Lamb Chop Black Pepper Sauces"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info