RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Biskut Kacang Mazola



Bahan-bahan
  • 2 cawan kacang tanah yang telah dikisar halus
  • 1 cawan gula halus
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • minyak jagung secukupnya (biasanya guna jenama "mazola")
  • kuning telur sebagai hiasan

Cara-cara
  1. Satukan kacang, gula, garam dan tepung di dalam mangkuk dan gaul sebati. 
  2. Kemudian masukkan minyak dan gaul sehingga menjadi doh. 
  3. Boleh terap menggunakan acuan kegemaran. Bagi Cik Bee, lebih senang buat bulat-bulat dan letakkan di atas loyang. 
  4. Hiasi dengan kuning telur dan bolehlah di bakar di dalam oven dengan suhu lbh kurang 150 C selama 15-20 minit. 
  5. Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba
0 Komentar untuk "Resepi Biskut Kacang Mazola"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info