RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Biskut Cornflakes Bijan Hitam



Bahan-bahan
  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula kastor
  • 1 biji telur 'A'
  • 375 tepung gandum @ top flour - diayak
  • 1 sudu teh baking powder - diayak
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 40 gm bijan hitam disangai sebentar
  • 150 gm cornflakes dihancurkan sedikit

Cara penyediaan :-
  1. Pukul mentega, gula kastor dan vanilla dengan kelajuan yang tinggi selama 3 minit atau sehingga kembang.
  2. Masukan telur, pukul lagi selama 2 minit.
  3. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung dan baking powder, bijan hitam serta cornflakes, dan pukul lagi selama 2 minit.
  4. Bentukkan doh seperti bebola kecil dan ataur dalam dulang yang telah digriskan dengan mentega. Tekan dengan garfu untuk mendapat bentuk yang leper sedikit. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 170 darjah celcius.

Sumber : Buku masakan Asmah Laili
0 Komentar untuk "Resepi Biskut Cornflakes Bijan Hitam"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info