RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Ayam Szechuan



BAHAN-BAHAN
  • Ayam - dipotong kecil (1/2 lb)
  • Lada benggala merah - dadu kasar (1/4)
  • Putik jagung - potong kasar (5 biji)
  • Kacang pis muda (1/4 lb)
  • Bawang putih - dicincang (2 ulas)
  • Halia - potong nipis (1/4 sudu besar)
  • Tepung jagung - dicairkan dengan sedikit air (1/2 sudu kecil)
  • erbuk cili (1/2 sudu kecil)
  • Kicap cair (1 sudu besar)
  • Minyak bijan (2 sudu kecil)
  • Gula halus (1/2 sudu kecil)
  • Garam (secukup rasa)
* Bermasalah dengan sukatan? Rujuk di sini.

CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separa masak dan kemudian perasakan dengan sedikit garam.
  2. Seterusnya masukkan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan pula halia.
  3. Tambahkan kicap dan sebatikannya bersama ayam diikuti dengan sedikit gula, serbuk lada, jagung muda dan juga kacang pis (pea pods).
  4. Apabila baby corn dan kacang pis sedikit layu, curahkan minyak bijan dan masukkan pula lada benggala. Sebatikan semua bahan dan rasa.
  5. Apabila ayam empuk dan sayur-sayuran hampir layu masukkan tepung jagung.
  6. Masak beberapa ketika lagi supaya sosnya sedikit pekat.
  7. Hidangan ayam szechuan ini pastinya membangkitkan selera dengan warnanya yang menawan dan rasanya yang lazat. Selamat menikmati hidangan.
Untuk lebih jelas sila tonton video di bawah



Sumber : TryMasak
0 Komentar untuk "Resepi Ayam Szechuan"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info