RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Agar-agar Cendol Kacang Merah



Assalamualaikum.
Sebagai menambah pilihan agar-agar kali ini Cik Bee akan kongsikan Resepi Agar-agar Cendol Kacang Merah. Jom kita tengok..

Bahan-bahan
  • 1 peket agar-agar serbuk
  • 1 liter air (anggaran 5 cawan)
  • 1 cawan gula melaka (dihiris)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan/susu cair
  • 1 cawan cendol
  • 1 cawan kacang merha dalam tin
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • secubit garam 
Cara-caranya
  1. Masak agar-agar bersama gula pasir dan air hingga larut dan mendidih.
  2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ambil 1 bahagian dan letak daun pandan dan gula merah. Masak semula hingga gula larut.
  3. Tapiskan ke dalam loyang atau acuan yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu. Biarkan ia mengeras.
  4. 2 bahagian lagi tambahkan santan dan secubit garam. Masak sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan cendol.
  5. Cakar permukaan agar-agar gula melaka dengan garpu. Tuangkan 1/2 adunan agar-agar cendol di atasnya. Taburkan dengan kacang merah. Biar sedikit mengeras.
  6. Ulang sekali lagi dengan baki 1/2 adunan agar-agar cendol dan kacang merah. Simpan di dalam peti ais.


Credit to : Azlita Masam Manis
0 Komentar untuk "Resepi Agar-agar Cendol Kacang Merah"

Posting Rakan-rakan

 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info