RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Agar-agar Batik



Bahan-bahan
1) Agar-agar (1 bungkus)
2) Telur (2 biji)
3) Daun pandan - dipotong halus (2 helai)
4) Santan (2 cawan)
5) Gula (2 cawan)
6) Garam (sedikit)


Cara Membuat
  1. Mula-mula, masukkan agar-agar ke dalam periuk diikuti dengan 4 cawan air. Panaskan periuk dan biarkan hingga agar-agar cair.
  2. Sementara itu, kisar daun pandan bersama sedikit air. Setelah itu, tapis dan ambil airnya.
  3. Kemudian, masukkan telur ke dalam mangkuk santan kacau sebentar dan masukkan sedikit garam. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Apabila agar-agar tadi cair, masukkan air daun pandan tadi, diikuti dengan gula.Kacau lagi hingga gula cair.
  5. Selepas itu, masukkan campuran santan dan telur tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau supaya tidak berketul.
  6. Kacau seketika dan masukkan adunan tadi ke dalam loyang ataupun acuan.
  7. Biarkan hingga sejuk dan agar-agar batik sedia untuk dihidang.

JOM TENGOK VIDEO MEMBUATNYA





0 Komentar untuk "Resepi Agar-agar Batik"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info