RESEPI TERKINI CIK BEE

Kek Sarawak - Kek Lapis Senja Permai


Kek Lapis Senja Permai



Bahan-bahannya:
  • 16oz(450g) mentega
  • 10 biji telur ayam
  • 1 tin kaya sederhana(300g)
  • 1 tin susu manis(hasue guna krimer manis)
  • 170g yogurt perisa asli
  • 200g tepung hong kong /tepung gandum
  • 180g gula halus
  • 200g milo
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kuning dan oren


Cara-cara membuat:
  1. Panaskan pengukus,gris loyang dengan mentega dan tabur rata dengan tepung
  2. Pukul mentega bersama gula halus sampai berkrim dan masukkan telur satu persatu.
  3. Sambil terus memukul dengan kelajuan perlahan,masukkan esen vanila,susu manis,serikaya,yogurt dan tepung hong kong.
  4. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagikan kepada 3 bahagian
  5. Bahagian pertama diwarnakan kuning, bahagian kedua diwarnakan oren dan yang ke tiga masukkan serbuk milo(boleh tambah sedikit browning sugar untuk warna lebih gelap) dan gaul rata.
  6. Kukuskan dahulu 1 cawan bahagian milo,setelah masak lapiskan pula dengan warna oren dan diikuti warna kuning.
  7. Buat berlapis2 sehingga habis. Kukuslah sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir.
Selamat mencuba.

0 Komentar untuk "Kek Sarawak - Kek Lapis Senja Permai"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info