Isnin, 28 Oktober 2013

Resepi Laksa Penang Cik Bee



Bahan-bahan ( Saiz hidangan 6 - 8 orang )

    4 paket laksa beras cap Zong Shan

    Bahan Kuah
  •     1 kg ikan selayang
  •     3-4 ulas asam keping
  •     1/2 labu bawang besar
  •     7-10 ulas bawang merah
  •     5-6 ulas bawang putih
  •     3-4 cm halia
  •     10-12 sudu makan cili giling
  •     7-10 biji cili padi
  •     1/2 cawan air asam jawa
  •     3 cm belacan
  •     segenggam daun kesum
  •     1 batang bunga kantan
  •     garam secukup rasa

    Bahan Ulam-ulaman
  •     4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  •     1 biji cili merah - dihiris
  •     1 biji cili hijau - dihiris
  •     1/2 labu bawang besar - dihiris
  •     5-6 biji cili padi - dihiris
  •     1/2 biji nanas - dihiris
  •     1 batang timun - dihiris memanjang
  •     5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  •     4-5 helai daun salad - dihiris
  •     sedikit daun pudina
Catatan : Jika suka boleh tambah petis udang

 
Cara Membuatnya

Laksa
  1. Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam.
  2. Kemudian direbus sampai lembut
  3. Toskan dan diketepikan...

Kuah laksa
  1. Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
  2. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
  3. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
  4. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
  5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
  6. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih. Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya. Bubuhkan garam secukup rasa. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya 
Selamat mencuba

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan