Bahan-bahan : (utk 1 loyang kecil)
- 1 cawan tepung gandum*
- 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
- 1 sudu kecil serbuk penaik*
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
- 1/4 sudu kecil garam
- 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
- 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
- 3/4 cawan air kopi panas
- 1/3 cawan susu segar
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)
Cara-cara :
- Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. (CT guna loyang 6x6x3 untuk buat 2 adunan).
- Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
- Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
- Tapiskan adunan.
- Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
- Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
- Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan