RESEPI TERKINI CIK BEE

Kek Sarawak - Kek Hitam Manis


Kek Hitam Manis 



Bahan-bahan ( Loyang 9 inci x 9 inci )
  • 450g Mentega Golden Churn
  • 200g Gula halus
  • 10 biji telur saiz A
  • 1 penutup botol esen vanilla
  • 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
  • 1 tin sederhana serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 200g horlicks
  • 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
  • 200g tepung hong kong/tepung gandum
  • 1 sudu teh ovalete

Cara-cara
  1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
  2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
  3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya.
  4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
  6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang.

Selamat mencuba.

Related Post

  • Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Bahan-bahan : (utk 1 loyang kecil) 1 cawan tepung gandum* 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh) …
  • Resepi Kek Karamel Coklat Kek CoklatBahan A: 1 cwn serbuk koko 1 cwn susu cair 1 cwn susu pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok) 1 cwn gul…
  • Resepi Kek Coklat Tanpa Butter Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Baha…
  • Resepi Kek Tapai Bijan Hitam Bahan-bahan: 200 gm majerin atau mentega 150 gm gula pasir  250 gm tapai ubi - dilecek halus dan buang tulang …
  • Resepi Cheese Muffin Bahan Kering : 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar baking powder 3 sudu besar gula kastor 1 sudu teh garam Bahan Basah…
0 Komentar untuk "Kek Sarawak - Kek Hitam Manis"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info