RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Kek Buah Kukus Moist


Kek buah adalah antara kek yang paling kerap kedapatan di setiap rumah masa sambutan lebaran. Cik Bee simpan elok-elok resepi ni 
sebagai rujukan nak raya nanti..hihihi. Resepi kek buah yang spesel ni Cik Bee c&p dari Kak Noor Masri  ke sini.

Ok,ini dia resepinya.



KEK KUKUS BUAH-BUAHAN MOIST (akak guna loyang 6"x 6")

Bahan-bahannya:

  • 300 gram tepung gandum
  • 150 gram gula halus - akak guna 60g aje, tu pun dah cukup manis
  • 3 biji telur A
  • 200 gram mentega
  • 250 gram buah-buahan campuran
  • 50 gram Almond Flake (kalau tak ada tak apa) - akak letak
  • 50 gram isi biji kuaci (kalau tak ada tak apa) - akak tak letak sbb tak de
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • sedikit pewarna coklat - akak guna black treacle
  • 1 cawan gula & 1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus
  • kertas aluminium foil

Cara-cara Membuatnya :

  1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
  2. tips penting) Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
  3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
  4. Pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat dan pukul dengan tangan sehingga ia sebati.
  5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
  7. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. masukkan sedikit air, kacau bagi sekata Hati-hati gula hangus ni panas . Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi, tujuan masukkan air untuk lambatkan gula hangus tu jadi keras. sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
  8. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
  9. Alaskan kertas kuih didalam tin/loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 2 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. biasanya saya kukus sampai kek masak jer (cucuk dengan lidi, bersih masak le tu) rugi gas.Kalau tak nak kukus boleh juga bakar, tapi kukus lagi moist dan sedap
Okay lah, selamat mencuba dan terima kasih kak NoorMasri
0 Komentar untuk "Resepi Kek Buah Kukus Moist"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info