RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Mee Goreng Mamak Special



Bahan-bahan
  • 5 ulas bawang putih yang diracik atau dicincang halus. 
  • 1 + 1/2 senduk cili kisar (atau cili giling atau cili boh)
  • 100gm daging lembu yang dicincang atau dipotong kecil (Daging lembu wajib diletak kerana melazatkan mee mamak)
  • 20 ekor atau lebih udang yang ditanggalkan kepala dan kulit.  (Boleh juga ditambah sotong atau ayam dipotong kecil)
  • 1/2 Senduk sos Cili 
  • 1/2 Senduk Sos Tomato 
  • 3/4 Senduk Kicap Manis
  • 1 Bungkus Mee Kuning (1kg) (Mee kuning ini perlu dibasuh dan ditoskan terlebih dahulu) Mee kuning tidak boleh dimasak lama, jika tidak mee mamak anda kurang sedap. 
  • 2 biji bawang besar yang dipotong mayang 
  • 2 biji tomato yang dipotong nipis
  • 4 Batang Daun Sawi yang dipotong kasar 
  • Boleh juga tambah fishcake, fishball yang dipotong nipis. 

Langkah-langkah Penyediaan
Pertama:
Panas minyak sehingga benar-benar panas dengan api sederhana besar. Biar berasap sikit. Setelah minyak panas, barulah masukkan bawang putih cincang.
Tumis bawang putih sehingga naik bawang dan warnanya sedikit keperangan. Kemudian masukkan satu dan setengah senduk cili kisar. Dan masak sehingga naik minyak. Sukatan minyak masak, agak-agak cukup untuk menumis bawang putih dan cili kisar.

Kedua
Setelah naik minyak, masukkan daging cincang dan kacau hingga sama rata dan terus masukkan udang basah dan kacau hingga sama rata. Tumis bawang putih sehingga naik bawang dan warnanya sedikit keperangan. Kemudian masukkan satu dan setengah senduk cili kisar. Dan masak sehingga naik minyak. Sukatan minyak masak, agak-agak cukup untuk menumis bawang putih dan cili kisar.

Ketiga
Boleh terus masukkan 1/2 senduk Sos Cili, 1/2 Senduk Sos Tomato dan 3/4 senduk Kicap Cair Manis. Tapi biasanya kalo saya masak dirumah, saya tidaklah sukat, tuang agak-agak sahaja. Masa saya bekerja di restoran dulu, mereka letakkan juga kicap pekat dan sos tiram. Namun tanpa kicap pekat dan sos tiram, tetap sedap rasanya.

Keempat
Masukkan lebih kurang 2 sudu gula dan 1 sudu teh garam. Garam dan gula secukup rasa bergantung kepada anda. Tunggu sehingga daging dan udang basah benar-benar masak dalam 10-15 minit. Daging yang dicincang cepat dimasak.

Terakhir
Masukkan mee kuning, hirisan tomato, bawang besar dan sawi. Dan kacau sehingga sama rata. Peringatan penting. Mee kuning tidak boleh dimasak terlalu lama. Jika tidak, ia akan kembang dan kurang sedap. Apabila anda memasukkan mee kuning, kacau dalam 5 minit dan matikan api. (Jika anda mahu masukkan tauge, masukkan lebih awal sebelum memasukkan mee kuning)
Jika anda mahukan mee goreng mamak anda lebih gelap atau hitam, tambahkan kicap cair lagi. Biasanya di restoran, mereka gunakan kicap pekat untuk menghitamkannya. Namun pada saya kicap pekat menyebabkan rasa mee mamak kurang sedap.


Selamat mencuba..

0 Komentar untuk "Resepi Mee Goreng Mamak Special"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info