Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk (apa itu whisk? Korang boleh tengok dekat gambar bawah ni).
Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. Macam i sendiri, i letak 1/2 cawan air panas/suam je dan i tambah sikit-sikit bila tengok adunan still lagik pekat.
Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang nyanyilah lagu, eh, panaskanlah waffle maker tu [:P]
Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.
Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)
Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi i nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.
Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle korang dah masaklah tu.
Hidangkanlah waffle korang dengan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. Woww!! Sedapkan?? Akhir kata, selamat menjamu selera korang :)
0 Komentar untuk "Resepi Waffle Rangup "