RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Solok Lada



Solok lada adalah antara lauk yang terkenal terutama di Pantai Timur. Hidangan Nasi Kerabu dianggap kurang lengkap tanpa kehadiran Solok Lada. Kali ini Cik Bee akan kongsikan resepinya.

Bahan-bahan
  • 10 biji lada besar
  • 10 ekor ikan selayang – direbus, diambil isi
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam dan gula
  • 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan kelapa parut + 1/2 cawan santan pekat
  • 5 tangkai pucuk ubi (optional)

Cara-cara
  1. Lada dibelah di bahagian tengah dan dibuang biji.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai dan lada hitam.
  3. Gaul isi ikan dengan bahan yang ditumbuk, kelapa parut, santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ke dalam lada tadi.
  4. Susun pucuk ubi di dalam periuk (sebagai alas) dan susun solok lada di atasnya. Masukkan santan cair.
  5. Panaskan periuk dengan api yang sederhana besar dan masak selama 4-5 minit (tutup periuk semasa memasak).

Related Post

  • Resepi Solok Lada Solok lada adalah antara lauk yang terkenal terutama di Pantai Timur. Hidangan Nasi Kerabu dianggap kurang lengkap …
  • Resepi Asam Pedas Ikan Parang Bahan-bahannya 3 ketul Ikan parang cuci bersih dan toskan 1 inci Kunyit  1 inci Halia  Serai - diketuk…
  • Resepi Stew Ayam Istimewa Bahan Utama : 1/2 ayam dipotong kecil dibuang kulit dan lemak 1 labu bawang merah dihiris nipis 1 inci halia dihiri…
  • Resepi Kari Kepala Ikan Merah Pekat Resepi kari ikan kali ni agak istimewa sebab menggunakan petua menjadikan Kari Ikan bertambah sedap.Iaitu dengan me…
  • Resepi Kerutuk Ayam/Daging Cik Bee Resepi Kerutuk Ayam/Daging Cik Bee Bahan-bahan 1 ekor ayam @ 1kg daging 1 biji santan kelapa (pekat) Bahan …
0 Komentar untuk "Resepi Solok Lada"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info