RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Simple Udang Goreng Kunyit



Assalamualaikum. Kali ni Cik Ruby akan kongsikan menu udang yang simple, iaitu Udang Goreng Kunyit. Walaupun mudah dan ringkas tapi hasilnya sangat menyelerakan.

BAHAN-BAHAN
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji cili merah - hiasan
  • 1 ulas bawang besar - potong nipis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • daun bawang - hiasan
  • garam, gula
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng

CARA-CARA
  1. Udang dibersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan. 
  2. Bawang putih dan cili padi ditumbuk kasar dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan bawang besar dan biarkan seketika. 
  3. Masukkan udang tadi dan goreng sehingga masak. 
  4. Masukkan sos tiram dan kacau. 
  5. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. 
  6. Masukkan cili merah dan daun bawang yg telah dipotong..
Nah, sekarang dah siap untuk dimakan panas-panas.

Related Post

  • Resepi Solok Lada Solok lada adalah antara lauk yang terkenal terutama di Pantai Timur. Hidangan Nasi Kerabu dianggap kurang lengkap …
  • Resepi Simple Udang Goreng Kunyit Assalamualaikum. Kali ni Cik Ruby akan kongsikan menu udang yang simple, iaitu Udang Goreng Kunyit. Walaupun mudah …
  • Resepi Sup Ketam Resepi yang Cik Ruby nak kongsikan kali ini ialah Sup Ketam. Sup ketam memang sedap lebih-lebih ketam bunga sega…
  • Resepi Kari Kepala Ikan Merah Pekat Resepi kari ikan kali ni agak istimewa sebab menggunakan petua menjadikan Kari Ikan bertambah sedap.Iaitu dengan me…
  • Resepi Sambal Petai Bahan-bahan (5-6 orang) 200 gm ikan bilis 4 papan petai 6 ulas bawang merah – dikisar 2 ulas bawang putih – dikis…
0 Komentar untuk "Resepi Simple Udang Goreng Kunyit"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info