RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Rendang Ayam/Daging Ala Sarawak


Bagi sesiapa yang telah menikmati rendang Sarawak, rasanya memang berbeza dengan sdi Semenanjung Malaysia. Di sini Cik Ruby kongsikan resepinya...


Bahan A
  • 1 ekor ayam/ 1 kilo daging
  • Santan (1 biji kelapa)
  • 4 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Kerisik (1/2 biji kelapa)


Bahan B
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 10 biji bawang putih (dikisar)
  • ½ camca tepung kunyit
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 2 batang serai (ditumbuk)
  • Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)

Cara membuatnya
  1. Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan. 
  2. Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging. 
  3. Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi sedikit. 
  4. Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit.
  5. Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri. 
  6. Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2 masak.

Related Post

  • Resepi Solok Lada Solok lada adalah antara lauk yang terkenal terutama di Pantai Timur. Hidangan Nasi Kerabu dianggap kurang lengkap …
  • Resepi Rendang Ayam Bahan-bahan (5-6 orang) 5-6 ketul ayam 8 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas 1/…
  • Resepi Rendang Daging Bahan-bahan (5-6 orang) 500 gm daging 8 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas…
  • Resepi Ketupat Palas dengan Video Tutorrial Bahan : 1 kilo beras pulut Santan dari 1 biji kelapa Sedikit garam dan gula Daun palas Cara : Basuh bersih …
  • Resepi Rendang Ayam/Daging Ala Sarawak Bagi sesiapa yang telah menikmati rendang Sarawak, rasanya memang berbeza dengan sdi Semenanjung Malaysia. Di sin…
0 Komentar untuk "Resepi Rendang Ayam/Daging Ala Sarawak"

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info