RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Nasi Beriani Ayam


Resepi Asal:  Nasi Beriani Udang oleh Thyaga Rajan

Sebelum memasak nasinya, kita perlu memasak lauk beriani ayam dulu.




BERIANI AYAM

Bahan-bahannya:
1.8 kg isi ayam
1/2 cawan yoghurt
7 sudu besar minyak sapi
5 biji buah tomato saiz sederhana - dicincang
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
100gm daun pudina - dicincang
Daun ketumbar 
Serbuk perasa
2 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa

Bahan blend dengan 1/2 cawan air:
4 cm halia
10 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
9 tangkai cili hijau
1 biji bawang besar
1 sudu besar bawang merah

Bahan tumis:
2 batang kayu kulit manis
4  biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar - dimayang


Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan minyak sapi di dalam kuali besar.  Masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik wangi dan bawang bertukar kekuningan.
  • Masukkan bahan yang telah diblend, tomato, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, yoghurt, stok ayam dan 1/2 cawan air.  Kacau rata biar sampai pekat dan naik minyak. Masukkan daun pudina, dan kacau rata. 
  • Akhir sekali masukkan ayam dan tambahkan sedikit air lagi.  Perasakan dengan garam dan gula.  Masak sehingga ayam empuk dan kuah kembali pekat. Tutup api, taburkan daun ketumbar dan kaup balikkan ayam.  Ketepikan.





NASI BERIANI

Bahan-bahannya:
6 cawan beras basmathi
3 sudu besar minyak sapi
100gm daun pudina - dicincang
100gm daun ketumbar - dicincang
100gm gajus
100gm kismis
1/2 cawan yogurt
1 sudu besar serbuk rempah beriani cap Babas, dibancuh dengan sedikit air
6 cawan air
Garam secukup rasa 
Gula secukup rasa
2 kiub stok ayam
1 tin kacang peas

Bahan Tumis:
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu kulit manis
4 biji buah pelaga


Penyediaannya:
  • Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja. Kekerapan membasuh akan menyebabkan nasi kembang dan pecah.  Selepas dibasuh, rendam 1/2 jam di dalam air biasa.  Boleh juga rendam beras 5 - 7 minit di dalam air panas dan toskan segera akan membawa hasil nasi yang berderai cantik.  Tos menggunakan penapis
  • Panaskan periuk nasi elektrik di atas dapur gas dan panaskan minyak sapi.  Masukkan bahan tumis, biji gajus dan kismis, diikuti dengan bancuhan rempah beriani.   Adunkan semua rempah ini dan jangan sampai rempah hangus. 
  • Apabila tumisan telah mengeluarkan bau haruman dan pecah minyak, segera masukkan air yang telah disukat, diikuti dengan yogurt, daun pudina, dan daun ketumbar.  Masukkan kiub stok ayam, gula, dan garam secukup rasa.  Tutup tudung periuk dan tunggu sehingga air mendidih.
  • Letak periuk elektrik kembali ke dalam bekasnya.  Masukkan beras yang telah ditos ke dalam periuk, kacau,  dan masak dengan elektrik sampai nasi masak.
  • Kacau nasi sehingga rata.  Di dalam periuk yang lain, ambil 2 - 3 senduk nasi dan ratakan di dalamnya. Ambil ayam beriani dan letak atas nasi satu persatu.  Curahkah sedikit kuah di atas nasi.  Taburkan dengan kacang peas.  Buat lapis macam ini sampai habis nasi dan ayam.  Tutup periuk dan panaskan di atas dapur kembali dengan api yang perlahan lebih kurang 15 minit.  Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan selama sejam, baru dihidangkan.  
  • Semasa menghidang bolehlah ditaburkan  lagi kacang peas dan buah gajus.
1 Komentar untuk "Resepi Nasi Beriani Ayam"

Sedap ni nk cba cik bee thanks

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info